Labels

Friday, June 29, 2012

Membeli emas kenalah ada ilmu

Asslamulaikum dan salam sejahtera semua..
kali ni nak share kesilapan yang telah saya lakukan semasa kali pertama membeli emas piublic gold. Saya share di sini agar menjadi panduan pada pembaca.
sebelum membeli produk public gold, memang saya telah tau kelebihan menyimpan dalam bentuk emas fizikal. saya cuma google jenis-jenis emas fizikal. Ada banyak pilihan emas fizikal di luar sana.
walupun saya membuat sedikit kesilapan, tapi saya bersyukur kerana telah membeli dari public gold. saya akan cerita kenapa saya kata saya bersyukur kerana membeli emas public gold kemudian.

KESILAPAN SAYA : kali pertama membeli emas, saya tidak mengkaji harga emas. mengkaji di sini bermaksud... saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada dealer public gold . Bila dia mengatakan harga emas turun, saya terus membeli emas tersebut.

Kita sepatutnya mengkaji harga emas dalm 6 bulan,, berapa harga paling tinggi dan paling rendah dalam tempoh tersebut.
KEPUTUSAN YANG BIJAK : Kita hanya mula membeli emas apabila harganya dibawah purata harga dalam 6 bulan tersebut. Tak ada sesiapa yang tau berapa harga paling rendah atau paling tinggi.

Untuk mempastikan kita membeli dengan harga yang rendah, jadikan emas yang pertama kita beli itu sebagai panduan. sebolehnya, kita beli emas tambahan kita dengan harga yang lebih murah dari emas pertama kita beli.

Saya harap dengan sedikit coretan ini dapat memberi sedikit idea sebelum anda membeli emas.

Tuesday, June 26, 2012

Pelaburan Emas

Assalamualaikum..
Pada masa sekarang, ada berbagai-bagai pilihan untuk kita menyimpan dalam bentuk emas. Ada yang menawarkan simpanan dalam bentuk emas tapi kita sendiri tidak melihat emas tersebut. contohnya, kita menyimpan 250gm emas yang bernilai RM42,000. Memang paada dasarnya nilai matawang kita tidak susut sebab simpanan kita berdasar nilai 250g emas, kalau nilai emas meningkat, maknanya nilai simpanan kita akan meningkat juga.
Pada pendapat peribadi saya , saya masih merasakan tiada jaminan pada simpanan sebegitu. Katalah, syarikat tempat kita menyimpan " 250g emas " tersebut bankrap atau company muflis.. Apa jadi pada simpanan kita?
Fikir-fikirkanlah....

Sunday, June 24, 2012

Kenapa Simpan Emas ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Kenapa perlu buat simpanan dalam bentuk emas? Mungkin ada yang bertanya... jawapannya, dengan menyimpan dalam bentuk emas , kita menyelamatkan nilai matawang kita atau simpanan kita dari terus susut ditelan inflasi. Maknanya..kalau 20 tahun lepas... matawang bernilai RM400 dapat membeli 10gram emas tapi pada masa sekarang, tahun 2012 mataawang bernilai RM400 , kita hanya dapat membeli lebih kurang 2.2 gram emas ( anggaran sekarang 10 gram emas bernilai RM1800.

Bagaimana? Kenapa kita biarkan nilai simpanan kita berkurangan tanpa kita belanjakan duit tersebut?