Labels

Wednesday, April 24, 2013

BAGAIMANA MENDAPAT KEUNTUNGAN DALAM JANGKA PENDEK DALAM PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya nak share sesuatu yang saya alami sendiri dalam pelaburan emas dan pengajaran yang boleh menjadi panduan kepada kawan-kawan diluar sana yang ingin mendapat keuntungan dalam jangka pendek dengan pelaburan emas khasnya emas dari Public Gold Sdn. Bhd.

Seperti yang saya pernah cerita dahulu, saya tidak mempunyai asas dalam pelaburan emas. Niat saya menyimpan emas adalah untuk simpanan jangka panjang dimana dalam jangka panjang, harga emas tidak dapt dinafikan akan terus meningkat.

Dari perbincangan dengan orang yang pakar tentang pelaburan emas ini iaitu master dealer En. Hafizul dan Cikgu Haryati , telah mengubah persepsi saya tentang pelaburan emas. Apa yang saya nyatakan di sini adalah apa yang saya alami sendiri.

Kalau kita membeli emas untuk simpanan , kita kena pasti tujuan kita iaitu:
1. membeli emas hanya untuk simpanan
2. membeli emas untuk menjana pendapatan
3. membeli emas bertujuan menambah simpanan emas dengan modal yang sama.

Apapun niat anda menyimpan emas, saya harap pandangan saya ini boleh menjadi panduan kepada teman-teman yang hendak bermula menyimpan emas:

1.Membeli emas untuk simpanan :
Jika anda membeli emas untuk simpanan, masa yang terbaik membeli emas adalah pada harga rendah. Membeli pada  harga rendah membolehkan anda membeli emas dalam kuantiti yang lebih dengan nilai RM yang sama. Bagi yang mula membeli emas , mungkin tidak tahu apakah nilai harga yang rendah itu. Dari pemerhatian saya sejak 2  tahun ini, harga yang rendah adalah pada 1dinar RM640-RM740. Ini purata harga yang boleh dikatakan rendah. Tapi tidak mustahil harga boelh rendah dari ini. Kalau harga 1 dinar kurang dari RM640, jika anda membeli emas ketika itu, ia adalah langkah yang sangat bijak. Pada 16 April 2013 1 dinar telah berharga RM600. Ini adalah keadaan yang luar biasa, sesiapa yang telah membeli ketika harga tersebut, mereka sangat-sangat beruntug.

Nasihat saya : jika ada wang tunai, simpan dalam satu akaun ,jika harga emas turun belilah emas tersebut.

2. Membeli emas untk menjana pendapatan :
Jika kita ingin membeli emas untuk menjanapendapatan, caranya adalah dengan menjual beli emas dalam simpanan kita. Harga emas memang tidak dinafikan akan meningkat tapi dari pemerhatian saya, sekali sekala harga akan jatuh samada secara mendadak atau turn naik . Bagi orang membeli emas untuk pelaburan , peluang bila harga emas menurun dan meningkat adalah peluang untuk menjana pendapatan dalam jangkamasa pendek. Apabila harga emas rendah, kita membeli dan apabila harga emas meningkat, kita kan menjual. Perbezaan harga beli dan harga jual adalah keuntungan bagi kita. Dalam Public Gold, harganya berubah setiap 15 minit, kadang-kadang ada sitruasi dimana emas yang sama boleh dijual beli lebih dari satu kali dalam hari yang sama, Jika kita ingin menjual kepada Public Gold kena rujuk pada harga PGBUY.

3.membeli emas bertujuan menambah simpanan emas dengan modal yang sama.:
Cara ini adalah yang terbaik dimana dimana , keuntungan dari jualan itu,kita guna untuk membeli emas semula. Dalam jangka panjang kita boleh menambah kuantiti emas kita tanpa kita mengguna modal tambahan.

KESIMPULANNYA; membeli emas untuk jual beli untuk mendapatkan keuntungan adalah serupa dengan membeli saham, tapi yang bestnya samada harga emas turun atau naik kita tidak rugi atau untung selagi emas berada di tangan kita.



Bak kata master dealer Cikgu Haryati, biasa orang kata , kalau harga emas tinggi kita untung tapi bila harga emas rendah kita rugi. Sebenarnya samada harga emas rendah atau tinggi, kita tidak untung atau rugi selagi emas berada di tangan kita.

Kalau kita ada stok emas yang banyak pun kita tidak untung selagi kita tak menikmati hasilnya..ibarat kita ada nasi ayam sepinggan , kita tak makan tapi tengok sahaja, sudah tentu kita tidak kenyanag... fikir-firkanlah...

Wednesday, April 3, 2013

GAJI TAHUN 1990 BANDING GAJI TAHUN 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila dok termenung-menung, macam-macam yang difikir. Kali ini nak satu lagi cerita tentang emas. Mungkin ada yang bosan asyik cerita tentang emas, tapi subjek kali ini, mungkin ada orang yang tak tahu  atau yang tahu tapi tak ambil peduli. Apa-apa pun, niat saya baik dan saya harap tulisan saya ini akan menjadi panduan terutama pada anak-anak saya nanti.
Sebab pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah. Ia dipelajari dari pembacaan dan pengalaman. Kejayaan seseorang dalam mengurus kewangan bukan semata-mata terletak pada gaji yang besar. Jangan terkejut bila ada yang bergaji RM10,000 sebulan tiada aset tapi yang bergaji RM2000 sebulan mempunyai aset yang lebih jika dibanding dengan gajinya.

Berbalik pada cerita tentang gaji tahun 1990. Ini cerita saya hehe.. Gaji permulaan saya pada tahun 1990 adalah RM1700 termasuk elaun . Harga 1 dinar pada masa tersebut sekitar RM127. Jika gaji saya ditukar dalam bentuk emas, gaji saya pada masa tersebut bersamaan dengan 13 dinar. Sekarang ini gaji permulaan untuk jawatan yang sama termasuk elaun sekitar RM4000.00 dan harga 1 dinar sekitar RM710 iaitu bersamaan 7 dinar.

Maknanya, jangan seronok sangat dengan angka beribu-ribu sebab kuasa membeli sebenarnya lebih rendah dari tahun 1990. jangan terjejut, walaupun gaji telah meningkat , sebenarnya nilainya susut akibat inflasi. Bagaimana, Masih nak menyimpan 100% simpanan dalam bentuk wang tunai? Fikir-fikirkanlah.....

BELI 1 DINAR HARI INI DAPAT PULANGAN RM2,137.75



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya rasa semua orang tahu, untung membeli emas. Alhamdulillah, dengan harga emas yang agak rendah iaitu 1 dinar (beratnya 4.25g) hanya RM688, saya menerima sms dari beberapa kenalan yang tidak mahu ketinggalan untuk mula menyimpan dalam bentuk emas. Syabas kepada mereka, dengan harga emas yang rendah, mereka akan mendapat keuntungan yang optimum.
Pada tahun 2020 jika melihat trend kenaikan harga emas , dijangka harga akan meningkat kepada RM503 segram

Hari in 1 dinar bernilai RM688. Jika beli untuk anak yang baru lahir, bila dia berusia 7 tahun, 1 dinar akan benilai sekitar RM2,137.75. Peningkatan sebanyak 310%. Kalau anda buat simpanan tersebut dalam ASB atau Simpanan Tetap, adakah anda akan mendapt pulangan sebanyak ini bila anak anda berusia 7 tahun?

Bayangkan bila anda membuat EPP berterusan tanpa gagal untuk 1 dinar, setahun anda akan mengumpul 3 Dinar, selepas 7 tahun, anda akan mendapat 21 dinar. Harijadi anak anda yang ke 7 , nilai dinar yang anda kumpul adalah RM44,892.75.

Pada saya , dah cukuplah jumlah itu, tidak risau nilainya akan susut, Lagi lama nilainya akan bertambah serupa dengan kita membeli rumah.

Kepada sesiapa di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin membuat tempahan , hubungi saya Asma di 013-817 4166