Labels

Wednesday, October 14, 2015

Bilakah masa sesuai untuk menyimpan dalam bentuk emas fizikal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada tema-teman yang beragama Islam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap selamat Maal Hijrah, selamat tahun baru Islam iaitu 1 Muharam. Semuga hari pertama dalam tahun ini menjadi lebih baik dari semalam. Semuga hari ini menjanjikan kebahagian pada diri kita, famili dan sahabat handai.

Alhamdulillah, hari ini telah menemukan saya pada seseorang yang hanya dikenali sebagai agen Takaful atau perkataan biasa kita dengar adalah agen insuran. Pertemuan ini telah membuka minda saya tentang persepsi saya tentang insuran dan seterusnya mengambil keputusan untuk menjadi agen takaful ikhlas .Dan kenapa setiap orang perlu ada takaful/insuran ini.

InsyaAllah saya akan cerita dengan lebih mendalam tentang perkara yang telah membuka minda saya di dalam artikel yang lain.

Ini gambar kenangan saya dengan agen tersebut.
terima kasih Allah telah membuka minda saya. Mungkin Allah mendengar doa saya untuk membuat pilihan yang terbaik.





Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa jadi dengan simpanan emas fizikal yang saya war2kan sebelum ini?
Baiklah biar saya menjawab soalan ini secara jujur dan ikhlas. Say menulis dari pengalaman saya sendiri semuga ini dapat membantu atau sebagai panduan kepada orang yang ingin menyimpan emas fizikal.

Sebelum anda mengambil keputusan untu membeli emas fizikal sebagai simpanan, beberapa perkara anda perlu tahu..

1. Periksa harga emas pada hari anda ingin membeli. Cuba tengok perbezaan harga dalam tempoh 5 tahun ke belakang. Jika harga emas lebih mahal dengan perbezaan yang agak besar, saya nasihatkan anda hold on niat tersebut. Ini adalah kesilapan yang saya telah lakukan, masa membeli emas hanya bertanya pada agen yang menjual, sudah pasti dia akan kata ini harga yang terbaik. Kita sendiri kena membuat kajian juga. Dari pengalaman harga emas memang dalam trend menaik tapi ada kalanya harga boleh jatuh dari trend menaik tersebut. Ini berlaku dalam tahun2013 kalau saya tak silap dimana harga emas menjunam jatuh lebih murah dari harg saya beli pada tahun2010-2011. Tapi kalau kita beli emas untuk perhiasan , biasanya kalau kita dah berkenan , memang kita akan beli sebab kita nak pakai emas tersebut. Berlainan dengan emas yang dalam bentuk bar. Kita beli untuk so call untuk mengelakkan nilai wang kita menyusut, tapi dari pengalaman saya sendiri,membeli emas untuk mengelakkan nilai wang susut tidak 100% benar, ia bergantungpada masa kita membeli. Jika kita membeli pada harga yang tinggi, bilaharga emas jatuh, maknanya nilai emas yang kita beli juga menyusut. So fikir-firlah sendiri.

2. Pastikan anda hanya membeli emas simpanan bila harga betul-betul rendah. Jika pada masa anda ingin membeli emas, harganya agak tinggi, saya tak sarankan anda membeli emas. Dan pastikan wang yang anda guna emas tersebut, memang anda tidak guna. Cara yang bijaka adalah simpankan yang yang anda cadangkan untuk membeli emas disimpan d dalam bank atau tabung haji. Jika harga emas rendah bolehlah membeli. Pada pendapat saya, harga 10 gm 999 sekitar rm1400-1600 masih dikira murah. Sebab sejak 2011 harga emas paling rendah adalah sekitar RM13++.

3.Kelebihan jika kita mempunyai emas fizikal adalah kita boleh Arrahnukan emas kita pada bila-bila masa dan hanya membayar upah simpanan. Yang mana ini adalah lebih murah dari membuat pinjaman dari bank. Sebelum ini, saya agak malu untuk Arrahnu emas saya. Atau bahasa yang biasa gadaikan emas. Ingatkan orang yang dalam kesempitan saja yang gadai emas rupa-rupanya orang yang berduit pun gadaikan emas.
Hihi..inilah pemikiran yang dididik dari drama melayu . Mana tidaknya, asal watak orang miskin, mesti gadai emas atau gadai tanah. Pihak pembikin filem kena ubah cara ini. Melalutlah pula..sorry..

4. Simpnlah wang di tabung haji. Pada pendapat saya, tabung haji sudah banyak berubah. Kita boleh keluarkan duit hari-hari, cuma dengan satu syarat. Hihi..mesti ada duit dalam akaunlah, akalu tak macam mana nak keluar duit..
Untuk orang Islam simpanan dalam tabung haji, bersih. Tidak perlu risau tentang riba dan zakat. semuanya telah diurus oleh pihak tabung haji.

Saya rasa cukup untuk kali ini..

Terima kasih keran membaca..

No comments:

Post a Comment